Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan,

Merujuk perkara di atas, XRow Events - pelajar program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Majlis (BM236) akan menganjurkan projek tahun akhir yang bertajuk GPS to Jannah "Gerbang Pengantin Sejoli", pada 14 dan 15 Mei 2016, bertempat di Pusat Konvensyen TM.

Program ini merupakan inisiatif khidmat masyarakat oleh XRow Events untuk membantu 16 pasangan kurang berkemampuan (yang diklasifikasi sebagai asnaf oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)), untuk mendirikan rumah tangga secara percuma. Pengisian utama program GPS to Jannah merupakan majlis pernikahan beramai-ramai dan majlis resepsi persandingan 16 pasangan ini. GPS to Jannah turut diisi dengan aktiviti kursus Pra-Perkahwinan dan Halal Speed Dating.

Program ini telah mendapat sokongan dan kerjasama baik daripada pelbagai pihak seperti MAIWP, Jabatan Agama Islam Wilayah, Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti, dan rakan-rakan industri seperti Raffelinna Sdn. Bhd., KL Wedding Ministry, dan Malaysia Wedding Festival.

Sehubungan itu, penasihat projek serta warga XRow Events, ingin menjemput warga fakulti sekalian untuk sama-sama memeriahkan majlis resepsi (makan tengahari) persandingan 16 pasangan asnaf, sambil beramal dengan membeli tempat duduk/kerusi yang bernilai RM50.00 (lima puluh ringgit sahaja) setiap satu. XRow Events menawarkan 110 tempat bagi tujuan jualan amal ini, yang mana hasil kutipannya akan digunakan untuk menampung perbelanjaan majlis pernikahan dan persandingan para pengantin. Untuk makluman Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan, majlis resepsi akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 15 Mei 2016 (Ahad)
Tempat : Dewan Kristal, TM Convention Centre, Bangsar
Masa : 11.00 pagi hingga 2.00 petang
Harga : RM50.00 (lima puluh ringgit sahaja) bagi setiap tempat/kerusi

Sekiranya Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan berminat untuk beramal bersama GPS to Jannah, atau sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan, kami boleh dihubungi melalui wakil-wakil di bawah. Kami turut mengalu-alukan sumbangan bebas dalam amaun lain-lain, selain daripada pembelian kerusi/tempat. Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun bank XRow Events yang bernombor 5629 0010 7305 (Maybank)

Fajar : 011 2698 6903
Ana : 013 306 8052
Emma : 012 635 7595
Syahieda : 019 649 2576 (ext: 7200) - penasihat
Azzura : 013 388 9945 (ext: 7175) - penasihat

Pertimbangan dan kesudian Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan dalam membantu XRow Events menjayakan program ini amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.