Assalammualaikum W.B.T. & Salam sejahtera,

YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,

Untuk makluman, Pilihanraya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2016/2017 peringkat Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Selangor Kampus Puncak Alam akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh: 29 September 2016 (Khamis)
Masa: 8.30am - 5.00pm
Tempat: Bilik Ilmuan, PFI & Student Lounge, FSK6 (sila rujuk Program & tempat pengundian seperti dibawah)

Kami menyeru kepada YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan untuk menggalakkan para pelajar untuk pergi mengundi.
Untuk pengetahuan, saguhati akan diberikan kepada pelajar yang mengundi.

Kerjasama YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.