Pelajar BBA (Hons) Transport Mara ke Pusingan Akhir

Asia Pacific Supply Chain Management Challenge 2014, Singapura

Dua kumpulan pelajar jurusan ijazah Pentadbiran Perniagaan (Pengangkutan) dari Fakulti Pengurusan Perniagaan, UiTM kampus Puncak Alam telah berjaya memasuki pertandingan akhir Asia Pacific Supply Chain Management Challenge 2014. Pertandingan peringkat Asia ini merupakan penyertaan kali kedua dari kumpulan pelajar jurusan pengangkutan.

Ianya akan diadakan pada 2 – 4 September 2014 bertempat di Grand Copthorne Waterfront Hotel, Singapura dan diiringi oleh para pensyarah, Encik Shahrin Nasir dan Puan Azlina Muhammad, dari Jabatan Pengurusan Teknologi dan Rantaian Bekalan (FPP, Puncak Alam).

Kejayaan memasuki petandingan akhir ini merupakan bukti para pelajar UiTM mampu bersaing di pentas global. Marilah kita doakan kejayaan para pelajar kita.

 

BBA(Hons) Transport Students Qualify for the Asia Pacific Supply Chain Management Challenge 2014, Singapore

Two groups of undergraduate students majoring in Business Administration (Transport) from the Faculty of Business Management, UiTM Puncak  Alam campus have been shortlisted for the finals of Asia Pacific Supply Chain Management Challenge 2014. This shows that our students are indeed able to compete at a global level.

This regional competition is the second participation by the transport programme students. It will be held from 2 - 4 September 2014 at the Grand Copthorne Waterfront Hotel, Singapore. They will be accompanied and supervised by Mr Shahrin Nasir and Mrs Azlina Muhammad, senior lecturers from the Department of Technology and Supply Chain Management (FPP, Puncak Alam).