FAQs

Pengambilan (Admission)

1. Bagaimana saya ingin memohon melanjutkan pengajian ke UiTM?
(How do I apply for further studies to UiTM?)

Permohonan boleh dibuat melalui laman web UPU: http://upu.moe.gov.my/web/ bagi kemasukan bulan Mei/Jun (Program Diploma dan setaraf) dan September (Program Sarjana Muda dan setaraf). Manakala kemasukan bagi bulan November (Program Diploma dan setaraf) dan Mac (Program Sarjana Muda dan setaraf) adalah melalui laman web: http://online.uitm.edu.my/ 

Applications can be made via the UPU’s website: http://upu.moe.gov.my/web/ for admission in May/June (Diploma and equivalent) and September (Bachelor and equivalent).
Whereas the entry for November (Diploma and equivalent) and Mac (Bachelor and equivalent) is to be made via the website: http://online.uitm.edu.my/

2. Adakah saya boleh menukar program atau kampus pengajian yang ditawarkan?
(Can I change the program or campus programs offered?)

Tidak boleh. Surat tawaran yang dikeluarkan adalah MUKTAMAD dan tertakluk pada Peraturan Akademik UiTM.

No. Offer letter issued is FINAL subject to the UiTM Academic Regulations.

3. Bolehkah saya mendaftar tanpa membayar yuran pengajian?
(Can I register without paying tuition fees?)

Boleh. Walaubagaimanapun, pembayaran yuran pengajian perlu dijelaskan sebelum tarikh akhir yang ditetapkan pada kalendar akademik.

Yes. Nevertheless, the payment for tuition fees must be settled before the deadline specified in the Academic Calendar.

4. Adakah saya diberikan kemudahan kolej?
(Will I be given a college?)

Rujuk surat tawaran. Kemudahan kolej akan diberikan berdasarkan kelayakan asas menduduki kolej. Maklumat lanjut hubungi Unit Kemudahan Kolej UiTM.

Refer to the letter of offer. College facilities will be provided based on the eligibility criteria set. Further information please contact Unit Kemudahan Kolej UiTM.

5. Bolehkah saya mendaftar selain dari tarikh yang ditetapkan?
(Can I register other than the date fixed?)

Tidak boleh. Sekiranya terdapat hal kecemasan, sila hubungi Pejabat Hal Ehwal Akademik kampus ditawarkan.

No. In the event of an emergency, please call the Office of Academic Affairs at the campus offered.

6. Adakah saya boleh menarik diri daripada UiTM?
(Can I withdraw from UiTM?)

Pelajar dibenarkan untuk menarik diri daripada UiTM dengan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Students are allowed to withdraw from UiTM but are required to follow the established procedures.

PENDAFTARAN KURSUS PELAJAR (Student Course Registration)

1. Bagaimana untuk mendaftar kursus?
(How to register for courses?)

Pelajar perlu mendaftar sendiri kursus melalui laman web http://istudent.uitm.edu.my/nsp/home/main.asp dalam tempoh yang ditetapkan.

Students must register themselves through the course website within the prescribed period: http://istudent.uitm.edu.my/nsp/home/main.asp

2. Bolehkah saya menambah atau menggugurkan kursus yang telah didaftarkan?
(Can I add or drop of registered courses?)

Pelajar boleh menambah atau menggugurkan kursus menerusi i-Student Portal dalam tempoh yang telah ditetapkan. Rujuk Peraturan Akademik UiTM.

Students may add or drop courses through the i-Student Portal within the stipulated time. Refer Academic Regulations UiTM.

3. Bolehkah saya menukar kumpulan kursus?
(Can I change my course group?)

Pelajar boleh menukar kumpulan yang dikehendaki dalam tempoh yang ditetapkan.

Students may change their group within the prescribed period.

4. Bolehkah saya mendaftar kursus bahagian hadapan pada semester ini?
(Can I register next semester courses in this semester?)

Pelajar boleh mendaftar kursus bahagian hadapan pada semester ini sekiranya mendapat kebenaran Fakulti/Pusat Akademik. Rujuk Peraturan Akademik UiTM.

Students can register next semester courses if got permission from Faculty / Academic Center. Refer Academic Regulations UiTM.

5. Bolehkah saya menukar kursus elektif?
(Can I change the elective courses?)

Pelajar boleh menukar kursus elektif dengan kebenaran Fakulti/Pusat Akademik.

Students can change their elective courses prior to approval of the Faculty / Academic Center.

6. Berapakah jumlah jam kredit minimum untuk pendaftaran kursus?
(What is the minimum number of credit hours for course registration?)

Pelajar diminta untuk mengikut pelan pengajian yang telah disediakan. Rujuk Peraturan Akademik UiTM untuk maklumat lanjut.

Students are required to follow study plan that has been provided. Refer UiTM Academic Regulations for more information.

7. Perlukah saya membuat validasi kursus?
(Do I need to validate the courses registered earlier?)

Pelajar digalakkan untuk membuat validasi kursus bagi memastikan semua kursus yang telah didaftarkan adalah betul. Sekiranya terdapat kesilapan pada Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan, pelajar akan bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya validasi tidak dilakukan.

Students are strongly encouraged to validate the courses registered to ensure that the registration courses is correct. If there are errors in the Penyata Kelayakan Menduduki Peperiksaan, students will be fully responsible if in the first place validation is not performed.

8. Berapakah tempoh masa yang diberi untuk melengkapkan pendaftaran kursus termasuk tambah dan gugur kursus?
(What is the time period given to complete the course registration including ‘add’ and ‘drop’ activities?)

Rujuk Kalendar Akademik UiTM.

Refer to Kalendar Akademik UiTM.

9. Saya adalah pelajar semester akhir tetapi masih mempunyai kursus semester lalu yang masih belum lulus. Bolehkah saya mengambil semua kursus yang tinggal bagi menamatkan pengajian?
(I am a final semester student with previous semester courses yet to pass. Can I take all the remaining courses in order to graduate?)

Permohonan boleh dibuat kepada Fakulti/Kampus untuk dipertimbangkan. Rujuk Peraturan Akademik UiTM.

Application may be made directly to the respective Faculty / Campus for consideration. Refer to Academic Regulations UiTM.

10. Bolehkah saya memohon pengecualian kredit (PC) bagi kursus yang saya telah ambil semasa program diploma?
(Can I apply for exemption credit (PC) for courses I have taken during the diploma?)

Pelajar boleh memohon kepada Fakulti/Kampus dengan melengkapkan Borang Permohonan PC. Rujuk Peraturan Akademik UiTM Perkara 2.45. Bagi pelajar separuh masa/luar kampus, setiap pemohonan PC akan dikenakan bayaran proses sebanyak RM100.

Students can apply to the Faculty/ Campus by completing the Borang Permohonan PC. Refer to the Academic Regulations of UiTM Article 2.45. For part-time / off campus students, every PC application will be subject to a processing fee of RM100.

11. Apakah kursus Prasyarat?
(What are the course Prerequisites?)

Kursus Prasyarat ialah kursus yang ditentukan oleh Fakulti/Pusat Akademik yang perlu disempurnakan/lulus untuk membolehkan pelajar mengambil kursus diperingkat seterusnya.

Prerequisite courses are courses determined by the Faculty / Academic Center to be accomplished / pass before student enable to take next level courses.

12. Apakah kursus Ko-syarat?
(What is Co-Requisites courses?)

Kursus Ko-syarat ialah kursus yang ditentukan oleh Fakulti/pusat Akademik yang perlu diambil serentak dengan kursus yang lain dalam semester yang sama.

Co-Requisites courses are courses determined by the faculty / academic center to be taken simultaneously with other courses in the same semester.

13. Adakah saya dibenarkan untuk memohon cuti belajar semasa dalam pengajian atas sebab yang tidak dapat dielakkan?
(Am I allowed to apply for study leave during the study for unavoidable reasons?)

Pelajar dibenarkan untuk memohon cuti belajar berdasarkan Peraturan Akademik UiTM. Semua permohonan hendaklah dikemukakan kepada Dekan/Rektor untuk pertimbangan.

Students are allowed to apply for study leave in accordance with the UiTM Academic Regulations. All applications must be submitted to the Dean / Rector for considerations.

14. Bolehkah saya memohon untuk bertukar mod pengajian dari sepenuh masa ke separuh masa kerana telah mendapat pekerjaaan?
(Can I apply to switch modes from full-time studies to part-time because obtained employment?)

Pelajar dibenarkan untuk memohon bertukar mod pengajian dengan mematuhi Peraturan Akademik UiTM. Semua permohonan hendaklah dibuat melalui Fakulti/UiTM Negeri/Pusat Akademik.

Students are allowed to apply to switch mode of study in compliance with the Academic Regulations UiTM. All applications must be made through the Faculty / UiTM State / Academic Center.

15. Bolehkah saya merayu untuk menyambung semula pengajian kerana telah gagal dalam peperiksaan?
(Can I appeal to resume studies because I failed the examination?)

Pelajar diberi peluang untuk memohon Rayuan Meneruskan Pengajian (RMP), sekali sepanjang pengajian. Permohonan boleh dibuat melalui i-Student Portal. Rujuk Peraturan Akademik UiTM untuk maklumat lanjut.

Students are given the opportunity to apply for Continuing Education Appeals (RMP), once during the study. Applications can be made via i-Student Portal. Refer to UiTM Academic Regulations for more information.

16. Bolehkah saya tidak hadir kuliah?
(Can I not attend the lecture classes?)

Pelajar diwajibkan untuk menghadiri semua kuliah dan aktiviti akademik yang telah dijadualkan. Kegagalan mencapai minimum 80% kehadiran boleh menyebabkan pelajar diberikan status ZZ (Tidak dibenarkan menduduki peperiksaan akhir atau markah penilaian bagi kursus yang tiada peperiksaan akhir tidak diambil kira).

Students are required to attend all lectures and academic activities scheduled. Failure to achieve minimum 80% attendance may cause the student be given status of ZZ (Not allowed to sit for the final examination or assessment scores for the course with no final exam is will not be taken into account).

17. Mengapa pelajar perlu mengambil Malaysian University English Test (MUET)?
(Why do students have to take Malaysian University English Test (MUET)?)

Pelajar perlu mengambil MUET kerana ia merupakan salah satu daripada syarat yang telah diluluskan oleh Senat UiTM untuk melanjutkan pengajian ke program Sarjana Muda UiTM dan penganugerahan program Sarjana Muda selaras dengan Pekeliling Akademik UiTM Bilangan 3 Tahun 2014.

Students must take MUET because it is one of the requirements which have been approved by the Senate UiTM for continue their studies and the award of UiTM Bachelor program in line with UiTM Academic Circular No. 3 of 2014.

18. Bagaimana untuk mendapatkan maklumat tentang tarikh pendaftaran, peperiksaan, cuti semester dan lain-lain?
(How to get the information relating to date of registration, examination, semester breaks and others?)

Pelajar boleh mendapatkan maklumat tersebut daripada Kalendar Akademik yang disediakan di i-Student Portal.

Students can obtain the information from the Academic Calendar made available at i-Student Portal.

19. Apakah fungsi Penasihat Akademik?
(What Academic Advisor function?)

Penasihat Akademik bertanggungjawab membimbing dan memantau perjalanan akademik pelajar di bawah seliaan masing-masing untuk membantu mereka menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan, memperoleh tahap pencapaian akademik yang bersesuaian dengan keupayaan mereka. Pelajar boleh merujuk i-Student Portal untuk mengetahui Penasihat Akademik masing-masing.

Academic Advisors are responsible to guide and monitor student's academic journey under their supervision as well as to help them complete their studies within the stipulated period, to obtain certain level of academic achievement in accordance with the abilities which fulfills all the potential. Students can refer to the i-Student Portal in order to know their Academic Advisor.

20. Dimana boleh saya rujuk Jadual Waktu Kuliah?
(Where can I see Class Timetables?)

Jadual waktu kuliah boleh dirujuk di pautan ICRESS: http://icress.uitm.edu.my/ 

Class timetable can be checked at the following link ICRESS: http://icress.uitm.edu.my/ 

21. Bilakah Jadual Peperiksaan Akhir Dikeluarkan?
(When will the Final Examination Schedule released?)

Deraf Pertama Jadual Peperiksaan Akhir diberikan kepada Fakulti/Pusat Akademik/UiTM Negeri tidak lewat 5 minggu sebelum peperiksaan bermula. Jadual muktamad Peperiksaan Akhir akan dipamerkan kepada pelajar tidak lewat dari tiga (3) minggu sebelum tarikh peperiksaan bermula di i-Student Portal.

The First Draft of the Final Exam Schedule is given to the Faculty / Academic Center / UiTM Negeri no later than five (5) weeks before the exam begins. The Final Exam Schedule will be displayed to students via i-Student Portal no later than three (3) weeks before the examination begins.

22. Dimanakah boleh saya perolehi sinopsis/butiran kursus bagi tujuan pengecualian kredit?
(Where can I get course synopsis/description for the purpose of credit transfer?)

Sinopsis kursus boleh diperolehi dari Unit Hal Ehwal Kurikulum. Lengkapkan borang dan emel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. . Sila ke pautan http://hea.uitm.edu.my/v1/index.php?option=com_content&view=category&id=59:forms&Itemid=93&layout=default untuk memuat turun Borang Pengecualian Kredit.

(Course synopsis can be obtained from Curriculum Affairs Unit. Kindly complete the related form and email to This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.. To download the form (Borang Pengecualian Kredit) please go to the following link ): http://hea.uitm.edu.my/v1/index.php?option=com_content&view=category&id=59:forms&Itemid=93&layout=default

23. Dimanakah saya boleh mendapatkan maklumat berkaitan kelulusan program?
(Where can I get information about programme approval?)

Rujuk pejabat Dekan/Rektor masing-masing.

(Refer to Dean/Rectors office for information)

BANTUAN KEWANGAN (Financial Assistant)

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(National Higher Education Fund Corporation)

1. Apakah itu Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP)?
(What is a Cash Advance Loan (WPP)?)

WPP ialah bantuan kewangan kepada pelajar kurang berkemampuan yang pertama kali ditawarkan ke IPT.

WPP is financial assistance to underprivileged students who offered to IPT for the first time.

2. Bagaimana saya hendak memohon pinjaman PTPTN?
(How do I apply PTPTN loan?)

Permohonan pinjaman PTPTN adalah secara atas talian, sila layari laman web PTPTN: www.ptptn.gov.my 

PTPTN loan application is on-line, please visit www.ptptn.gov.my

3. Rakan-rakan saya mendapat bayaran PTPTN bagi semester berikutnya, tetapi saya tidak dapat, kenapa?
(My friend received PTPTN payment for the next semester, but not me, why?)

Pinjaman PTPTN pelajar akan ditahan sekiranya keputusan peperiksaan bagi peperiksaan akhir terkini di bawah GPA 2.00, digantung pengajian dan pengemaskinian maklumat atau pengesahan data peperiksaan akhir dibuat selepas pengumuman keputusan rasmi.

Student PTPTN loan will be withheld if the GPA results fell below 2.00 for last final exam, getting suspension study status and updating of information or data verification were made after the announcement of final official results.

 

Graduates                     Students                     Staff             Programmes             Campuses
912,239                     37,889                     342             26             21
                                                                         
SOURCE: UNIVERSITY TRANSFORMATION DIVISION

 

Contact Us

Borang Maklumbalas Pelanggan

Faculty of Business and Management
42300 UiTM Cawangan Selangor
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Email:
adminfpp@uitm.edu.my (Administration)
heafpp@uitm.edu.my (Academic)
hepfpp@uitm.edu.my (Student Affairs) 

Tel:
+603-3258 7045 (Administration)
+603-3258 7042 (Academic)
+603-3258 5028 (Student Affairs)

   

 

© COPYRIGHT FACULTY OF BUSINESS AND MANAGEMENT 2022.

Disclaimer & Copyright | Privacy Statement | ICT Security Policy